FAQ (general)

June 24th, 2008 by bizprepaid

1. Siapakah PrepaidCard2U.Com ini?

PrepaidCard2u.Com Group merupakan MyMode Merchant Partner (MMP) rasmi bagi syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd. (telah bertukar nama kepada ADVANCED MOBILE SERVICES & SOLUTIONS SDN BHD). PrepaidCard2u.Com. Dimiliki sepenuhnya oleh Pengurusan Mobile Solution Enterprise dan keseluruhan operasi Laman Web ini dikendalikan oleh Team Administrator PrepaidCard2U yang diterajui oleh Mr Andrew. PrepaidCard2U.Com Management Team adalah dari kumpulan Agen MyMode yang sangat-sangat berpengalaman dan rata-rata telah menyertai MyMode sejak awal 2004 lagi. Website ini telah dilancarkan pada 1 Mei 2007, dan khas untuk mencari usahawan-usahawan Mobile melalui Sistem Tambah Nilai Prabayar MyMode. Sistem web PrepaidCard2U.Com ini dilengkapi dengan Web Replika Promosi Automatik, Sistem Randomizer Referral, Automatik Responder eMail System, PrepaidCard2U Freedom MyPoints, PrepaidCard2U FAQ Session, PrepaidCard2U Online Training, PrepaidCard2U Meeting Centre, PrepaidCard2U Course Education, PrepaidCard2U Mail Education, PrepaidCard2U Video Tools, PrepaidCard2U Steps To Success, PrepaidCard2U Fast Start Plan, PrepaidCard2U Advertising Totorial dan banyak lagi. Kemudahan-kemudahan ini hanya boleh didapati melalui website PrepaidCard2U.Com sahaja, dan khusus untuk ahli berbayar MyMode iaitu Rakan VIP PrepaidCard2U sahaja! Sila naiktaraf keahlian PERCUMA anda untuk menikmati semua kemudahan ini.

2. Siapakah MyMode?

MyMode adalah sebuah online portal yang dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (telah bertukar nama kepada ADVANCED MOBILE SERVICES & SOLUTIONS SDN BHD) yang beribu pejabat di Ampang, Selangor. Merupakan jenama yang terunggul dalam kelasnya, MyMode menawarkan Perkhidmatan Mudah Alih (Mobile Services) dengan menggunakan Teknologi SMS. Dilancarkan di pasaran Malaysia pada 15 Januari 2004, MyMode kini telah berusia 4 tahun dan keahlian di seluruh Malaysia telah mencecah 200,000 agen. Ramai agen yang telah berubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik setelah menyertai MyMode. Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut lagi berkenaan MyMode dilaman web rasminya iaitu http://www.mymode.com.my/ dan http://www.asiam.com.my/

3. Siapakah yang boleh Aktifkan Sistem Tambah Nilai MyMode ini?

Semua Pengguna Telefon Bimbit talian 012/017/013/019/014/016 boleh menyertai MyMode termasuk pengguna Prepaid (prabayar) dan Postpaid (pascabayar). Keperluan untuk mahir dalam penghantaran SMS sangat penting kerana Sistem Tambah Nilai Prabayar MyMode menggunakan sistem SMS sepenuhnya. Keperluan untuk mahir dalam Penggunaan Internet adalah pilihan, jika anda tidak mempunyai internet di rumah anda masih boleh menggunakan SMS untuk menggunakan Sistem Tambah Nilai MyMode ini. Tiada had umur minima ataupun maksima untuk menyertai MyMode di PrepaidCard2U.Com. Asalkan anda adalah pengguna Telefon Bimbit, maka anda layak untuk menyertai kami dan mengaktifkan Sistem Tambah Nilai Prabayar MyMode ini. Kami menggalakkan semua golongan menyertai MyMode dan mengaktifkan sistem ini sebagai satu kemudahan untuk anda, dan seterusnya menjana pendapatan yang lumayan dari penggunaan kad prepaid.

4. Apakah Teras Sistem Tambah Nilai Prabayar MyMode?

MyMode mengamalkan Konsep Perniagaan Berperingkat, (Multi-Level Marketing), dan menumpukan perkhidmatan dan produk dalam Bidang Telekomunikasi . Sebagai Agen MyMode berbayar, anda boleh membeli / menjual / mengguna produk mudah alih Prepaid MyMode tanpa perlu membuka rumah atau kedai dan tanpa perlu menyimpan stok. Produk Prepaid yang ditawarkan adalah: Maxis, Celcom, iTalk Mobile, TMNet Prepaid, Jaring Prepaid dan OneComm. Semua produk prepaid ini boleh dibeli hanya dengan menghantar SMS ke Pelayan Gateway MyMode. Produk mudah alih di atas adalah untuk Fasa 1 perkembangan Asia Mobile manakala produk yang akan ditawarkan dalam Fasa ke-2 dan ke-3 Asia Mobile ialah Mesej Bergambar, Games, Mobile Auction, Mobile Finder, Prepaid MiTV, Mobile Chat dan SMSTV.

5. Saya masih bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk menguruskan Sistem Tambah Nilai ini. Adakah saya masih boleh menyertainya dan bagaimana untuk mendapat pendapatan sampingan melalui MyMode.

Ramai daripada mereka yang menyertai MyMode ini dari golongan yang sudah bekerja atau belajar sepenuh masa termasuk Team Management PrepaidCard2U.Com sendiri yang masih lagi menuntut di beberapa universiti tempatan tanah air. Keperluan untuk menguruskan Sistem Tambah Nilai ini adalah sebuah telefon bimbit, dan anda harus mahir sedikit dalam penghantaran SMS (boleh belajar sebab mudah sangat, 5 minit dah pandai). Keperluan untuk melayari internet adalah pilihan sahaja, memandangkan PrepaidCard2U menyediakan Laman Web Promosi Percuma untuk anda, maka bagi kaki Online, ini adalah satu kelebihan yang sangat besar bagi mereka. Bagi pelajar yang agak sibuk dengan pengajiannya pula, MyMode adalah jalan penyelesaiannya kerana ia memudahkan anda untuk menambah nilai prabayar anda tanpa perlu ke kedai lagi. Atas katil sambil study pun boleh topup lagi. Menjimatkan masa dan sudah tentu tidak akan mengganggu pelajaran anda. Bagi golongan yang sudah bekerja, sudah semestinya menggunakan telefon sebagai medium perhubungan dengan keluarga termasuk anak-anak di sekolah. Jadi, apa salahnya jika anda menyertai MyMode dan mengaktifkan sistem tambah nilai ini kerana anda tidak perlu lagi bersusah payah beratur dan mengharungi kesesakan lebuh raya semata-mata untuk membeli prepaid bagi kegunaan sendiri ataupun keluarga. Menjimatkan masa anda dan sudah tentunya MyMode boleh menambahkan sumber ekonomi keluarga jika dipraktikkan dengan betul. Lihat contoh bonus di bawah ini:

3

Fikirkan, jika beliau (pemilik PrepaidCard2u.com) boleh menjana pendapatan melalui penggunaan prepaid seperti kebiasaan tetapi dengan cara yang sedikit bijak, adakah anda tidak mahu mempraktikkan sistem yang telah terbukti berkesan ini. Fikirkanlah sampai bila lagi mahu mengkayakan kedai-kedai prepaid sedangkan anda juga boleh mendapat keuntungan seperti mereka.

p/s: untuk bonus yang telah saya dapat, sila rujuk di profil Bisnes Prepaid MyMode.

5. Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi ahli Prepaidcard2u.com ini?

Anda boleh menjadi ahli Prepaidcard2u.com secara percuma dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian Percuma kami. Dan sekiranya anda ingin mengUpgrade keahlian anda kepada Agent MyMode, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM65.00 pada bila-bila masa dengan menekan menu Upgrade VIP.

6. Bagaimanakah hendak mengUpgrade keahlian dan menjadi Agent MyMode?

Untuk mengUpgrade keahlian kepada Agent MyMode, sila rujuk penerangan lengkap tentang cara-cara pembayaran yuran keahlian MyMode sebanyak RM65.00.

7. Berapa banyak pendapatan yang boleh saya perolehi melalui MyMode?

Pendapatan yang boleh anda perolehi tidak terhad. Lebih banyak anda jual dan lebih ramai ejen dibawah anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Ingat, konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan anda mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat dibawah anda!

8. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan Post paid, adakah saya masih boleh menyertainya?

Sudah tentu, kerana anda masih berpeluang menjual kad prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid atau dengan mendaftarkan agent baru. Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari penjualan dan penajaan anda termasuk bonus overriding hasil dari pembelian produk daripada downline anda. Cuma anda sendiri tidak berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja bezanya.

9. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?

MyMode diasaskan oleh sebuah syarikat yang amat kukuh iaitu Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (telah bertukar nama kepada ADVANCED MOBILE SERVICES & SOLUTIONS SDN BHD). Telah diasaskan semenjak 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat  Asia. MyMode telah mempunyai lebih daripada 35,000 ejen di Malaysia untuk tahun 2004 dan sehingga Januari 2007 ia telah meningkat kepada 180,000 orang! Jadi anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat MyMode. Anda boleh menghubungi MyMode secara terus disini. MyMode mengambil segala langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

10. Dimanakah lokasi syarikat?

Syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (telah bertukar nama kepada ADVANCED MOBILE SERVICES & SOLUTIONS SDN BHD) beribu pejabat di alamat C1-1, Dataran Palma Ampang, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila rujuk peta dibawah.

1

2 

Kenapa Harus Menjadi Usahawan bersama MyMode

April 23rd, 2008 by bizprepaid

1. Sangat Mudah!

Anda tidak perlu mempunyai Ijazah atau Diploma untuk menjalankan perniagaan ini. Selagi anda mempunyai telefon bimbit, dan pandai menghantar SMS, maka anda mampu melakukannya. Anda juga tidak perlu mempunyai kedai, tidak perlu mendaftar perniagaan, tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu menjaja, tidak perlu membuat demo produk yang ingin dijual, dan sebagainya. Mungkin anda akan perbahaskan isu mencari downline, ini tidak ada masalah sebenarnya kerana kami telah menyediakan website promosi untuk anda!. Anda tidak perlu bermati-matian untuk menerangkan berkenaan MyMode, semua orang tahu apa itu kad prepaid / kad topup.

2. Modal Kecil Untung Besar!

Amat rendah, risiko anda hanya RM65. Jika anda masih berasa terlalu mahal, buatlah perbandingan dengan mana-mana syarikat lain. Sebenarnya nilai ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan potensi keutungan yang bakal anda perolehi. Perbezaannya, anda boleh lihat sendiri. Kami tidak ada sebarang hak untuk memaksa anda menyertai kami. .

3. Sistem Pengendalian Tercanggih dan Terkini!

Di MyMode setiap urus niaga akan diproses secara automatik oleh Server Gateway MyMode. Syarikat telah mewujudkan 10 Gateway mengikut telco-telco tertentu yang anda gunakan samada Maxis (012/017), Digi (014/016) atau Celcom (013/019). Anda akan diberikan Nombor PIN untuk mengakses ruangan ahli dimana semua kegiatan perniagaan anda direkodkan. Segala aktiviti atau urusniaga anda akan dicatatkan dalam masa sebenar (in real time process) oleh sistem. Tiada kesilapan, tiada penipuan. Semuanya boleh dipantau sendiri melalui Mobile Lounge MyMode yang disediakan oleh pihak syarikat. Antara lain anda boleh memeriksa penyata jualan anda, penyata bonus, pengiraan bonus, senarai downline, aktiviti downline, promotion dan pelbagai lagi.

3. Tiada Risiko!

Permintaan terhadap prepaid adalah konsisten. Sekiranya Si Polan membelanjakan sekurang-kurangnya RM 60 sebulan untuk prepaid handphonenya, dia pasti akan berbuat perkara yang sama bulan depannya atau mungkin lebih. Daripada permintaan yang konsisten inilah kita meraih keuntungan yang juga konsisten berdasarkan usaha kita. Anda tetap akan membeli prepaid setiap bulan paling kurang. Adik-beradik, kekasih, teman rapat, rakan sekerja atau sesiapa sahaja tetap akan membelinya setiap bulan. Dari RM 65 tersebut, risiko yang anda pertaruhkan adalah sebanyak RM 54 sahaja kerana RM 11 akan dipulangkan semula kepada anda dalam bentuk MyMode Point. RM 54 itu tetap anda akan dapat semula melalui penggunaan sendiri atau jualan. Cuma cepat atau lambat anda dapat kembali sahaja RM 54 tersebut, bergantung kepada usaha dan komitmen anda.

4. Bukan Sistem Piramid!

Walaupun anda adalah seorang downline yg menjana pendapatan RM 1,000 sebulan, upline anda tidak semestinya akan mendapat keuntungan yang lebih daripada anda. Usaha lah yg akan membezakan upline dan downline dalam sistem telus MyMode ini. Ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam marketing plan kami.

  • Jenis-jenis Bonus Dalam MyMode Mengikut Pangkat

  • Kelayakan Bonus & Peratus Keuntungan

  • Bagaimana Agent-Agent Baru Berjaya Memotong Pendapatan Upline Mereka

Semua ini akan diterangkan dengan terperinci selepas anda mendaftar.

5. Internet Marketing!

Inilah peluang perniagaan yang terbaik bagi anda, anda boleh berkerja melalui Internet. Mahupun di rumah, tempat berkerja, cyber cafe ataupun dimana-mana tempat yang boleh connect kepada Internet. Banyak sangat kelebihan tentang berkerja di Internet yang tidak habis disebut.

  • Anda boleh jadi majikan sendiri

  • Berkerja dari semasa ke semasa

  • Menjimatkan perbelanjaan prepaid anda

  • Pasaran yang begitu besar di Internet

  • Tidak perlu explain banyak tentang bisnes atau produk anda

  • Website promosi akan membuat segalanya untuk anda.

  • Banyak lagi….

So, apa lagi, klik sini.